Thursday, June 11, 2015

DOA HARI KHAMIS



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

ِYa Allah Tuhan Seru Sekalian Alam..
Tiada henti mengucap syukur ke hadrat-Mu, atas segala nikmat dan barokah yang telah Engkau berikan kepada kami.
Ya Allah Ya Jaliilu,Tidak ada yang dapat menghalangi dari apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberikan yg Engkau halangi.
Ya Allah,
Yang Maha Sejahtera, kepada Allah kami mengharap kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dalam keadaan sejahtera. Masukkanlah kami ke dalam syurga sebagai tempat kesejahteraan yang telah Allah berkati.
Ya Allah Ya Ghofur,Ampunilah kami, kasihanilah kami, luaskanlah rezeki kami dan angkatlah darjat kami .Berilah kami taufiq,hidayah dan ilham-Mu ya Allah agar kami kekal di dalam agama-Mu sehingga akhir hayat kami. Kurniakan kami kesihatan dan mudah2an dgnnya kami dapat menunaikan ibadat kpd-Mu dgn mudah. Ya Allah, kami mengharap redho-Mu dan hanya kepada-Mu kami berpasrah diri.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

No comments:

Post a Comment

Popular Posts